MARILAH KITA MENGATASI COV-ID 19 - DUDUK DIRUMAH, KEKAL SELAMAT
Salam kepada Saudara dan Saudari saya di Malaysia. Betapa bersyukurnya kita mempunyai Perdana Menteri yang memanggil kita sebagai saudara saudari yang dia cintai dan menunjukkan kasih dengan pelbagai pakej pertolongan; b etapa kita diberkati untuk menjadi bahagian negara yang menaruh kepercayaan kepada Tuhan. Prime Minister Dimana Perdana Menteri Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, "Janganlah kita lupa, kejayaan kita ditentukan oleh Tuhan yang paling berkuasa". Beliau memberitahu kita sebagai sebuah negara untuk percaya kepada Tuhan. Sama-samalah kita merendahkan diri kepada Tuhan dan memohon kemaafan antara satu sama lain di atas kesalahan yang dilakukan. Saya percaya walaupun Corona virus memberi cabaran kepada kita diseluruh dunia tetapi tuhan paling berkuasa dan saya percaya kita akan dapat mencegah dan merawat penyakit ini. Corona virus adalah satu entiti yang tidak diketahui yang telah menyebabkan kerugian dan ketakutan