MARILAH KITA MENGATASI COV-ID 19 - DUDUK DIRUMAH, KEKAL SELAMAT

Salam kepada Saudara dan Saudari saya di Malaysia.


Betapa berkatnya kita mempunyai Perdana Menteri yang memanggil kita sebagai saudara saudari yang dia cintai dan menunjukkan kasih dengan pelbagai pakej pertolongan; betapa kita diberkati untuk menjadi bahagian negara yang menaruh kepercayaan kepada Tuhan.


Prime Minister
Dimana Perdana Menteri Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, "Janganlah kita lupa, kejayaan kita adalah di dalam Tuhan yang paling berkuasa".

Beliau memberitahu kita sebagai sebuah negara untuk melihat Tuhan.

Mari kita merendahkan diri di hadapan Tuhan, marilah kita memaafkan di mana diperlukan.

Saya percaya walaupun Corona virus telah mencabar kita di seluruh dunia, Tuhan masih di atas ini dan Tuhan akan melihatnya, saya percaya kita akan menjumpa pencegahan dan penawar untuk penyakit ini.


Corona virus adalah satu entiti yang tidak diketahui yang telah menyebabkan kerugian dan ketakutan tetapi dalam dunia yang tergesa-gesa dan kesibukan pada masa sekarang menginginkan dunia untuk berhenti, kini telah berhenti.

Adakah ini panggilan untuk membangunkan kita?

Adakah sekarang masa untuk menghargai senyuman anak-anak kita dan menikmati momen-momen bersama keluarga yang membuat kenangan bahagia dan menghargai bunga yang indah di kebun kita, sinar matahari yang bersinar melalui tingkap kita dan bau tanah yang menakjubkan selepas hujan lebat atau keajaiban hujan jatuh pada muka kita ...?





Adakah ini panggilan untuk  membangunan kita dan menilai semula makna kehidupan kita dan gaya hidup kita?

Ia adalah masa yang sukar, tetapi kita lebih kuat !

Seperti Perdana Menteri kita berkata, "apabila keadaan sukar hanya yang tabah boleh mengharunginya".

Kita boleh bangkit sebagai seorang askar, yang berani berdiri sendiri dengan sekumpulan musuh. Berani dan tegak kita akan berdiri bersama.



Sebagai sebuah negara, mari kita bersatu dalam perpaduan seperti yang pernah dikatakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman semasa ucapan kemerdekaannya "Marilah kita bersatu padu menghadapi cabaran tahunan ".


Dia juga seperti meramal tentang apa yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan, dan memberitahu untuk mempersiapkan kita untuk berdedikasi, bersatu dan menjadi sinar cahaya di dunia yang terganggu dan diganggu.

Hari ini kita akan bangkit sebagai sinar cahaya di dunia yang terganggu dan diganggu dimana kita jumpa diri kita sendiri.

Kita harus berdiri dengan keberanian, membangkitkan singa di dalam diri kita, dan tidak akan takut dengan Corona Virus.

Tetapi menakluknya dengan mematuhi seruan Pemimpin kerajaan kita, Perdana Menteri kita yang percaya dan mengasihi kepada kita dan tinggal di rumah.

Mari kita pertimbangkan pekerja barisan hadapan kita yang sama seperti anda dan saya, bukan kebal, mereka mempunyai ibu bapa, suami, isteri, anak-anak dan cucu-cucu, namun mengenepikan semua ini sehingga menyakitkan yang mungkin, mereka merisikokan hidup mereka dan kehidupan keluarga mereka dengan mendedikasikan dan mendedahkan diri mereka kepada virus berbahaya ini untuk kita, walaupun keluarga dan anak-anak mereka mungkin lebih berisiko kerana sangat rapat dengan pekerja barisan hadapan kita.

Mereka menjalankan tugas mereka untuk keselamatan anda dan saya, sambil mengkompromi diri mereka sendiri dengan hanya topeng muka, sarung tangan dan sanitizer.



Saya mengenali seorang Anggota Polis, yang mengambil masa 3 hari sahaja untuk meratapi dan mengebumikan ibunya dan kembali ke tempat kerja selepas itu, dia juga pada masa yang lain, mula bekerja pada jam 5 petang dan sepatutnya selesai jam 8 pagi hari berikutnya, tetapi dedikasinya untuk tugasnya menolaknya untuk bekerja sehingga selepas 5 petang sebaliknya, dengan tanpa mengenyit tidur dan tanpa makan.

Saya juga mengenali seorang Doktor yang mempunyai beberapa anak di rumah, dia pergi kerja, tidak tahu siapa yang mempunyai Corona Virus dan siapa yang berkata benar atau tidak. Cintanya terhadap orang mendorongnya untuk membantu orang yang berisiko dan kebarangkalian menghidap Corona Virus.

Adakah patut kita tidak mematuhi MCO yang dilaksana oleh kerajaan kita untuk membantu kita. Atau meletakkan banyak pekerja barisan hadapan yang berdedikasi seperti anggota polis ini dan doktor kepada risiko dengan mengabaikan nasihat kerajaan?

Setiap musim berakhir, fasa ini pun akan berakhir.

700 tahun yang lalu, wabak bubonic melanda Eropah, salah satu strategi yang digunakan adalah menjauhkan diri dan mengasingkan diri, ia berkesan, kita boleh lakukan sekarang.

Berdiri bersama dalam kerjasama dengan kerajaan, yang telah ditahbiskan oleh Tuhan, untuk masa seperti ini.

Marilah kita melakukannya, kita boleh melakukannya kerana kita adalah rakyat Malaysia dan Malaysia boleh.




63 tahun yang lalu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman berkata perkara berikut:

"Kepercayaan tinggi telah diturunkan dalam diri kita; marilah kita bersatu menghadapi cabaran masa ini, dengan mengingatkan masa lalu dan keyakinan masa depan di bawah penyelenggaraan Tuhan, kita akan berjaya ". 
Bangunlah Masyarakat Malaysia yang dikasihi,  kita dapat lakukanya bersama-sama.




P. Davis

Comments

Popular posts from this blog

LET US RISE ABOVE COV-ID 19 - STAY HOME, STAY SAFE

MARILAH KITA MENGATASI COV-ID 19 - DUDUK DIRUMAH, KEKAL SELAMAT