MARILAH KITA MENGATASI COV-ID 19 - DUDUK DIRUMAH, KEKAL SELAMAT

Salam kepada Saudara dan Saudari saya di Malaysia.


Betapa bersyukurnya kita mempunyai Perdana Menteri yang memanggil kita sebagai saudara saudari yang dia cintai dan menunjukkan kasih dengan pelbagai pakej pertolongan; betapa kita diberkati untuk menjadi bahagian negara yang menaruh kepercayaan kepada Tuhan.


Prime Minister
Dimana Perdana Menteri Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, "Janganlah kita lupa, kejayaan kita ditentukan oleh Tuhan yang paling berkuasa".

Beliau memberitahu kita sebagai sebuah negara untuk percaya kepada Tuhan.
Sama-samalah kita merendahkan diri kepada Tuhan dan memohon kemaafan antara satu sama lain di atas kesalahan yang dilakukan.

Saya percaya walaupun Corona virus memberi cabaran kepada kita diseluruh dunia tetapi tuhan paling berkuasa dan saya percaya kita akan dapat mencegah dan merawat penyakit ini.


Corona virus adalah satu entiti yang tidak diketahui yang telah menyebabkan kerugian dan ketakutan terhadap dunia yang sentiasa sibuk, pada ketika dunia menginginkan masa untuk berhenti, kini masa telah berhenti seketika.

Adakah ini panggilan untuk memberikan kesedaran kepada kita?

Adakah sekarang masa untuk menghargai senyuman anak-anak kita dan menikmati saat-saat bersama keluarga yang membuat kenangan bahagia dan menghargai bunga yang indah di kebun kita, sinar matahari yang bersinar melalui tingkap kita dan bau tanah yang menakjubkan selepas hujan lebat atau keajaiban hujan jatuh pada muka kita ...?





Adakah ini panggilan untuk  membangunan kita dan menilai semula makna kehidupan kita dan gaya hidup kita?

Ia adalah masa yang sukar, tetapi kita lebih kuat !

Seperti Perdana Menteri kita berkata, "apabila keadaan sukar hanya yang tabah boleh mengharunginya".

Kita boleh bangkit sebagai seorang askar, yang berani berdiri sendiri dengan sekumpulan musuh. Berani dan tegak kita akan berdiri bersama.



Sebagai sebuah negara, mari kita bersatu dalam perpaduan seperti yang pernah dikatakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman semasa ucapan kemerdekaannya "Marilah kita bersatu padu menghadapi cabaran tahunan ".


Dia juga seperti meramal tentang apa yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan, dan memberitahu untuk mempersiapkan diri kita untuk lebih berdedikasi, bersatu dan menjadi sinar cahaya di dunia pada masa kini yang terganggu dan diganggu.

Hari ini kita akan bangkit sebagai sinar cahaya di dunia yang terganggu dan diganggu dimana kita jumpa diri kita sendiri.

Kita harus berdiri dengan keberanian, membangkitkan singa di dalam diri kita, dan tidak akan takut dengan Corona Virus.

Tetapi menaklukinya dengan mematuhi seruan Pemimpin kerajaan kita, Perdana Menteri kita yang percaya dan mengasihi kita, marilah kita mematuhi peraturan dan duduk di rumah.

Mari kita pertimbangkan pekerja barisan hadapan kita yang sama seperti anda dan saya, bukan kebal, mereka mempunyai ibu bapa, suami, isteri, anak-anak dan cucu-cucu, namun mengenepikan semua ini sehingga menyakitkan yang mungkin, mereka merisikokan hidup mereka dan kehidupan keluarga mereka dengan mendedikasikan dan mendedahkan diri mereka kepada virus berbahaya ini untuk kita, walaupun keluarga dan anak-anak mereka mungkin lebih berisiko kerana sangat rapat dengan pekerja barisan hadapan kita.

Mereka menjalankan tugas mereka untuk keselamatan anda dan saya, sambil mengkompromi diri mereka sendiri dengan hanya topeng muka, sarung tangan dan sanitizer.



Saya mengenali seorang Anggota Polis, yang mengambil masa 3 hari sahaja untuk meratapi dan mengebumikan ibunya dan kembali ke tempat kerja selepas itu, dia juga pada masa yang lain, mula bekerja pada jam 5 petang dan sepatutnya selesai jam 8 pagi hari berikutnya, tetapi dedikasinya untuk tugasnya menolaknya untuk bekerja sehingga selepas 5 petang sebaliknya, dengan tanpa tidur dan tanpa makan.

Saya juga mengenali seorang Doktor yang mempunyai beberapa anak di rumah, dia pergi kerja, tidak tahu siapa yang mempunyai Corona Virus dan siapa yang berkata benar atau tidak. Cintanya terhadap orang mendorongnya untuk membantu orang yang berisiko dan kebarangkalian menghidap Corona Virus.

Adakah patut kita tidak mematuhi MCO yang dilaksana oleh kerajaan kita untuk membantu kita. Atau meletakkan banyak pekerja barisan hadapan yang berdedikasi seperti anggota polis ini dan doktor kepada risiko dengan mengabaikan nasihat kerajaan?

Setiap perkara yang berlaku pasti akan ada pengakhirannya.
"Akan ada pelangi setelah hujan, akan ada kebahagiaan setelah kesedihan."

700 tahun yang lalu, wabak bubonic melanda Eropah, salah satu strategi yang digunakan adalah menjauhkan diri dan mengasingkan diri, ia berkesan, kita boleh lakukan sekarang.

Berdiri bersama dalam kerjasama dengan kerajaan, yang telah ditahbiskan oleh Tuhan, untuk masa seperti ini.

Marilah kita melakukannya, kita boleh melakukannya kerana kita adalah rakyat Malaysia dan Malaysia boleh.




63 tahun yang lalu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman berkata perkara berikut:

"Kepercayaan tinggi telah diturunkan dalam diri kita; marilah kita bersatu menghadapi cabaran masa ini, dengan mengingatkan masa lalu dan keyakinan masa depan di bawah takdir Tuhan, kita akan berjaya ". 
Bangunlah rakyat Malaysia yang dikasihi,  kita dapat lakukannya bersama-sama.




P. Davis

Comments

Popular posts from this blog

MARILAH KITA MENGATASI COV-ID 19 - DUDUK DIRUMAH, KEKAL SELAMAT

LET US RISE ABOVE COV-ID 19 - STAY HOME, STAY SAFE